Sabtu, 23 Ogos 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kerana masih lagi sudi melawat laman yang tak seberapa ini. Awalnya nak bercakap tentang hari kemerdekaan kan?..Takpelah. Sempena menyambut hari kemerdekaan yang menjalang tiba tak lama lagi, jauh di sudut hati bersyukur kerana lahir di Bumi yang jauh lebih aman dan pelbagai nikmat yang kita dapat rasakan jika di bandingkan dengan Negara luar. Apa pun hanya bantuan setekat mana yang kita mampu dan doa buat saudara kita di sana sentiasa di bawah rahmat Allah dan janji Allah pasti buat mereka.

Menyentuh tentang kemerdekaan, walaupun masih lama lagi detik hari kemerdekaan tetapi sudah ramai yang membuat persedian bagi menyambut hari tersebut dengan pelbagai cara. Pelbagai ragam dan gaya tersendiri untuk memperlihatkan betapa begitu menghargainya seseorang pada Negara. Melihat gambar yang pelbagai, wow!!..Cantiknya dan macam-macam lagi keluar dari mulut kagum dengan kemahiran tukang jahit baju Merdeka ni. Baju yang di reka dari kain Bendera Malaysia sangat mengkagumkan.

Sebagai tukang jahit yang tak berapa pro ni, saya pun terlibat juga menjahit baju untuk dipakai pada hari menyambut hari kemerdekaan di sebuah Tadika. Syukurlah ada juga rezeki kan???..






























Dah siap jahit baru perasaan tak ada tempat nak masukkan tangan..ha ha ha...Baju ni jahit macam baju tidur kelawar yang ada kat kedai je. Simple kan???....


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!























1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...