Sabtu, 2 Ogos 2014

Selamat Hari Raya


Bismillahirohmaanirohiim

Salam sejahtera....




















Selamat Hari Raya Aidilfitri. Seminggu balik kampung tanpa entri yang baru ni membuatkan saya rindu dengan laman saya yang tak seberapa ini. Tapi apa nak buat, kat kampung brodband ni tak dapat pula di buka atau di pakai. Pelik betullah.

Bagaimana pula dengan raya anda tahun ini. Bagi saya tahun ini adalah tahun yang seronok, apatahnya inilah kali pertama dapat beraya pada hari pertama di kampung suami. Dapatlah saya merasa suasana hariraya bersama suami. Beraya dari rumah kerumah beramai-ramai. Budak-budaklah yang paling seronok, apataknya dapat duit raya. Makan itu ini, tentulah sangat mengenyangkan, sehingga perut memulas. Walaupun kita makan sedikit sahaja setiap rumah, tapi cuba kita bayangkan jika sepuluh rumah kita ziarah, sepuluh jenis juadah dan jenis air yang pelbagai. Kuih raya pula ada yang tak terjamah, tengok sahaja macam dah muak. Carilah yang lain dari yang lain. Juadah pula, mereka seakan berpakat, masing-masing dengan jenis masakan supaya tidak sama jenis masakan. Nanti tak habis pula kalau sama. Namun apa yang saya lihat, menu yang wajib ada di setiap rumah mesti ada lemang dan rendang. Rendang yang paling saya suka dan tak pernah saya rasa ialah rendang Tok. Memang sedap, rasa nak pergi balik kat rumah tu nak makan rendang Tok. Tapi dah segan pula. he he he...ni nak kena belajar masak rendang Tok ni.























































Raya kedua jam 9 am, kami dah bertolak dari Perak ke Johor. Sepanjang perjalanan, ada setengah tempat sangat sesak dengan kereta. Malah yang paling tak selesa ialah setiap hentian tandas semuanya penuh hingga orang beratur hingga ke luar bangunan tandas. Bayangkan jika kita sakit perut, menahan sangat seksa, bila sampai giliran kita, lambat sedikit dah kena ketuk. Raya punya pasal.

Melihat petugas setiap Hentian sepanjang jalan ke Johor, rasa sangat berterima kasih kepada mereka, kerana tanpa mereka kita pasti merasa tidak selesa dengan pelbagai gelagat pengguna jalan dan kemudahan awam. Mereka tentulah lagi pening dengan kerena kita yang pelik-pelik. Contohnya tandas, dah ada kemudahan tong sampah tapi tisu-tisu tandas dibuang bersepah di atas lantai tandas mahupun dalam lubang tandas. Manusia-manusia.

Sampai di Rumah sekitar jam8 pm. Penat tak terkira kesihan sang suami lagilah penat.

Apapun syukur alhamdulillah selamat tiba. Moga anda juga telah selamat tiba di destinasi anda.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...