Selasa, 9 September 2014

Musuh SOHO

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Alhamdulillah ketika kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah berikan di dunia ini. Sekali lagi saya ingin berkongsikan pada anda bagaimana caranya untuk kita melawan segala musuh utama kita sebagai seorang surirumah.

Semalam pergi kedai buku Badan bersama suami tercinta. Melihat tajuk sebuah buku yang suami pegang, katanya buku tersebut sangat bagus bagi seorang seperti saya. Seketika membelik-belik isi kandungannya, saya begitu teruja untuk membeli. Apatah lagi bila masuk dalam akaun setiap bulan peruntukkan suami untuk beli buku.

Berbicara tentang musuh kita sebagai seorang yang menjalankan SOHO dirumah antaranya ialah.

Mengikut penulis buku Tip Jana Wang dari Rumah ( oleh Rizal Abdul Rashid ) antaranya;

1. Malas. Apabila kita berkerja sendiri kita akan merasa malas untuk berkerja keras, kerana kitalah bos, kita jugalah pekerja. Bak kata orang, jika nak banyak pendapatan kenalah berusaha dengan kuat. Tapi jika mahu pendapatan hanya setekat begitu sahaja maka terpulanglah.

2. Katil dan Bantal. Musuh ini ramai yang terhanyut, jangan kata surirumah, bujang dan sebagainya tak lari dari tabiat suka melayan musuh ini. Bila mengantuk inilah kerjanya. Apa tip untuk mengelak perkara tersebut?

a. Jangan makan terlalu kenyang
b. Cukupkan tidur
c. jangan lakukan kerja satu bilik dengan tempat tidur.
d. Jangan terus buat kerja selepas makan, sebaiknya lakukan aktiviti lain.
e. Tambah kekuatan fizikal seperti mengambil multivitamin.
f. Selalu fikirkan kejayaan.

3. Rancangan Televisyen. Rancangan televisyen juga merupakan musuh pada kita, kerana ia menyebabkan kita melarat-larat tidak melakukan kerja, kerana rancangan yang diminati, terutama rancangan yang bersambung.

4. Hobi. Setiap manusia mempunyai hobi. Namun jangan melebihkan hobi daripada kerja utama kita. Tetapkan waktu untuk hobi tersebut, bukannya melebihkan hobi daripada kerja.

5. Internet. Internet sukar untuk dielak pada zaman yang moden ini, terutamanya FB. Jika berinternet demi untuk meningkatkan pengetahuan dan mencari pelbagai info dan mendapatkan pendapatan sampingan adalah sangat baik.

6. Game dan Video. Mungkin ada sesetengah dari kita tersenyum jika permainan ini tersenarai sebagai musuh. Apabila kita merenung dengan bijak, permainan ini sememangnya salah satu musuh kita kerana ia akan melalaikan kita dan kita akan merasa ketagih. Kerana selagi tidak menang dalam permainan tersebut selagi itulah kita akan terus main. Malah setelah menang pun masih lagi mahu meneruskan permainan tersebut.

Setiap perkara diatas adalah musuh bagi kita. Ketika kita lalai dalam sesuatu perkara macam-macam perkara boleh terjadi. Sebagai contohnya, ada surirumah yang leka dengan menonton televisyen tidak sedar nasi yang di masak hanggit!!!...

Moga perkongsian ini dapa memberi manafaat kita bersama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...