Bismillahirohmaanirohiim
Assalamualaikum dan salam sejehtera
Seketika saya bertanya pada diri sendiri apa yang sedikit tetapi mengembirakan. Bila diamati, amat dalam maknanya tetapi mudah untuk kita lakukan. Bila umur yang kita nilai yang berisi dengan kebahagian, kesenangan, keredhaan, ketenangan dan kepuasan walau tidak sehebat orang lain itulah kebahagian. Walau sedikit namun masih membahagiakan kerana kita menghargai apa yang ada.
Sedang ketika kita bersikap haloba, merasa gelisa dan tamak ia bukanlah termasuk dalam perkara yang membahagiakan dalam umur kita yang hakiki. Ini kerana ia adalah perkara yang mengencam kebahagian dan kesihatan kita. Maka disinilah betapa pentingnya kita memelihara keredhaan kita kepada takdir Allah. Menerima segala ketentuannya. Duduklah dengan tenang untuk, berterus terang pada diri adakah kita masih tergolong dalam golongan orang yang bertakwa.
Wahai hati, pujuklah hati kita untuk menjadi hamba yang taat kepada segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Kerana Allah itu sangat suka kepada mereka yang sentiasa takut kepada-Nya. Kerana Allah itu tidak pernah meninggalkan kita walau apa jua keadaan kita. Walau kita dalam keadaan lalai, takbur, sombong, tamak, malas, namun Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat. Sedang Allah telah menyediakan segala kemudahan untuk dinikmati hanya dengan berpegang kepada Syariat Islam.
Betapa kita sangat memusnahkan diri kita sendiri dengan melakukan segala larangan kerana kejahilan kita. Walau telah terbentang di hadapan cara dan jalan pilihan untuk menerangi kejahilan namun kita masih merelakan hati kita sentiasa gelap tanpa cahaya ilmu Agama. Kita masih lagi melebihkan dunia daripada Akhirat. Adakah kita masih lagi diselimuti dengan sifat kita yang sombong pada-Nya. Kita masih lagi tidak menyedari , telah beberapa kali kita di timpa musibah, namun masih memegang kata perkataan " NASIB BAIK " bukannya " ALHAMDULILLAH". Kita masih sombong tanpa menyedari betapa Allah masih menyayangi kita dengan masih memberi kita peluang untuk bertaubat.
Pandanglah kehidupan kita dengan pandangan penuh cinta dan harapan agar segala apa yang kita lakukan di Dunia ini membuahkan hasil yang berkekalan di Akhirat. Kehidupan yang abadi dengan penuh rasa bahagia yang tidak terkata. Bahagia yang berlipat kali ganda perasaan bahagia yang kita nikmati di Bumi sementara ini. Hadiah inilah yang kita harus terima dengan penuh kesyukuran kepada-Nya kerana kita menikmatinya.
Hiruplah kesegaran udara, ciumlah bau haruman bunga, minumlah air yang jernih, pandanglah keindahan taman, lihatlah terbentangnya lautan yang luas, bersiullah seperti burung yang bergembira kerana itulah perkara yang sangat membahagikan dan merasa tenang dan aman. Maka ciumlah tangan si suami, peluklah si isteri, belailah si anak, pimpinlah si orang tua, duduklah bersama orang yang kurang, solatlah berjemaah, bersedekahlah, mengajilah, solatlah dengan penuh kusyuk. Kerana belum tentu kita masih merasakannya pada esok hari.
Masyaallah! Berkata-kata itu sangat mudah tetapi melakukannya sangat payah. Namun tidak ada istilah kepayahan bagi orang mukmin yang beriman.
Semoga sahaja kita semua merasa sentiasa bahagia dan gembira dangan segala takdir yang telah ditetapkan-Nya. Aamiin...
Yang baik itu segalanya milik Allah. Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan