Jumaat, 19 September 2014

Rimasnya

Bismillahirohmaanirohiim

salam untuk semua...






Entri kali ini hanya sekadar untuk meluahkan perasaan rimas di blog yang tak seberapa ini. Nak luah pada sekeliling macam-macam pula jadi isu dan fahaman. Muka pun dah macam garfield kat atas tu.

Aduh, macam inilah hidup kita yang tak habis dengan dugaan. Semalam sampai ke pagi suami tiba-tiba sakit perut yang teramat. Kasihan pula saya, sampai dia menangis menahan sakit, perut kembung. Saya urut dengan minyak angin, sambil baca selawat dan tiga Qul bersama ayat Qudsi. Sampai pagi tak lena tidur kerana suami sering ke bilik air tapi tak buang apa-apa pun. Risau juga dibuatnya.

Fikiran bertambah tak tenang kerana telipon ada saja sms. Dua tiga hari ini, saya rimas betul dengan orang yang bertanya itu ini. Baru nak tidur phon dah bunyi. Tengah malam ada sms. Tolonglah jadi matang. Kalau orang dah tak nak tak payahlah beria-ia lagi. Bila kita tak bagi telipon, tak bagi jumpa, katanya nak koyak tiket bas. Mak oi! Kebudak-budakan betul. ( suami kata nak koyak? koyak lah ). Betul-betul buat hati rasa geram. Macam ni nak jadi ketua keluarga? Nak pinang anak orang tu jadilah matang. Apa salahnya dia nak balik kampung jenguk ayah yang sakit. Saya rasa macam tercabar betul kalau orang pandai-pandai nak tentukan, sedangkan keluarga masih hidup. Suka hati kita lah nak buat apa, kita lagi ada pertalian darah. Belum jadi suami dah mengongkong, apa lagi dah jadi suami nanti. Sebelum jadi suami dah pandai pukul, menghabiskan wang makwe. Boleh saya bayangkan kalau dah jadi suami isteri nanti bagaimanalah. Sekarang pun berani bergaduh depan mak sendiri. Tolonglah..banyak lagi masalah yang kami kena uruskan. Nak fikir tentang hubungan korang yang belum pasti ni tak payahlah, buang masa sahaja.

Pengajaran nak cari pasangan biar yang elok budi pekerti. Bukan rupa dan harta yang di ukur. Walau ayah berkerjaya, punya kedudukan yang tinggi tapi itu bukan ukuran hidup kita bahagia. Biar bertanggung jawab. Yang penting dahulukan Allah dari segalanya. Bukan cinta pada manusia yang lebih dari cinta pada Allah. Biar nanti lepas kahwin boleh solat berjemaah, cari rezeki yang halal. Biar tak kaya harta tapi kaya dengan budi dan ilmu agama yang dijadikan panduan hidup.

Mohon maaf dari saya, kerana terkasar bahasa.

Marah marah juga tapi dalam hati, moga kita semua mendapat yang terbaik dari Allah.

Wallahua'lam.





2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...